Video: “Aku pergi kerja,kau keluar dengan laki aku” – Isteri lempang suami lepas kantoi berskandal dengan isteri orang

Hati isteri mana tak hancur apabila mendapat tahu suami tersayang bermain cinta di belakangnya. Lebih sadis, si isteri membanting tulang mencari rezeki dan menjaga anak, malangnya suami tergamak berdating dengan perempuan lain.

Video: "Aku pergi kerja,kau keluar dengan laki aku" - Isteri lempang suami lepas kantoi berskandal dengan isteri orang

Video: “Aku pergi kerja,kau keluar dengan laki aku” – Isteri lempang suami lepas kantoi berskandal dengan isteri orang


Baru-baru ini, tular sebuah video pertengkaran di antara suami, isteri dan orang ketiga di Dataran Pahlawan Melaka. Sehingga kini, video itu sudah dikongsikan lebih 11 ribu dan ditonton lebih 500 ribu kali.

Menerusi video itu, kelihatan seorang wanita bertudung sedang mendukung anaknya, menjerit marah-marah seorang lelaki dipercayai suaminya kerana curang.

Kes kluar dengan perempuan lainDataran Pahlawan melaka baru kejap tdii.

Posted by Wiring sekitar BESUT 013-9016278 on 21hb Januari 2018


Mungkin kerana sudah hilang sabar, wanita terbabit bertindak menampar suaminya yang cuba menenangkannya.

“Aku pergi kerja, kau keluar dengan laki aku!” katanya.

Rata-rata netizen bersimpati dengan nasib wanita berkenaan dan mengecam tindakan lelaki terbabit yang sanggup mengkhianati kepercayaan isterinya.

 


Pun begitu, segelintir netizen merasakan tindakan wanita terbabit agak melampau kerana dilihat mengaibkan suami sendiri di khalayak ramai.

 


Apapun, diharap pasangan itu dapat menyelesaikan kekeruhan ini dengan baik.

Sumber: CARI

Loading...

Leave a Reply