Ramai bawa balik cebisan kerana disangka tahi bintang, najis beku seberat 12kg jatuh dari pesawat jadi rebutan penduduk kampung di India

NAJIS beku seberat hampir 12 kilogram (kg) dipercayai jatuh dari pesawat di perkampungan di India mengejutkan orang ramai dengan ada yang mengambil cebisannya kerana disangka tahi bintang.

Kejadian berlaku di Fazilpur Badli, Gurgaon, Sabtu lalu apabila ketulan ais besar berkenaan terhempas pada awal pagi.

Bagaimanapun, ujian dijalankan pihak berkuasa mengesahkan ia sekadar najis kemungkinan dari pesawat.

Ramai bawa balik cebisan kerana disangka tahi bintang, najis beku seberat 12kg jatuh dari pesawat jadi rebutan penduduk kampung di India

Ramai bawa balik cebisan kerana disangka tahi bintang, najis beku seberat 12kg jatuh dari pesawat jadi rebutan penduduk kampung di India

Pegawai tempatan, Vivek Kalia berkata: “Objek itu terhempas dan menghasilkan bunyi kuat menyebabkan orang ramai lari keluar dari rumah untuk melihat apa berlaku.

“Ada penduduk menyangka ia objek dari angkasa lepas. Ramai yang membawa pulang cebisannya kerana disangka batu angkasa,” katanya.

Bahan buangan dari pesawat selalunya disimpan dalam tangki khas sehingga kapal terbang mendarat sebelum ia dikosongkan. Bagaimanapun, kebocoran tangki boleh berlaku.

Sumber: Metro

Loading...

Leave a Reply