“Kenapa nak malu kalau jual roti jala? Saya melakukan pekerjaan yang halal untuk menampung kehidupan saya” – Raja Afiq

“Kenapa nak malu kalau jual roti jala? Saya melakukan pekerjaan yang halal untuk menampung kehidupan saya" - Raja Afiq

“Kenapa nak malu kalau jual roti jala? Saya melakukan pekerjaan yang halal untuk menampung kehidupan saya” – Raja Afiq

Pelakon Raja Afiq akui tidak pernah berasa malu mencari rezeki dengan cara berniaga roti jala dan brownies.Kata Raja Afiq, sama seperti orang lain, dia juga mempunyai komitmen lain yang harus dilunaskan.
 
“Kenapa nak malu kalau jual roti jala? Saya melakukan pekerjaan yang halal untuk menampung kehidupan saya.
 
“Jadi saya mengambil inisiatif dengan cara membuat perniagaan seperti ini lagipun saya juga ada rumah dan kereta yang diperlu dibayar.
 
“Ini merupakan salah satu alternatif lain untuk saya menambah punca pendapatan selain berlakon,” katanya kepada Astro Gempak.
 
Selain itu, Raja Afiq juga memberitahu dia memulakan perniagaan ini secara kecil-kecilan dan menerima tempahan di laman sosial.
 
“Alhamdulillah, setakat ini sambutan agak memberangsangkan, saya bersyukur dengan ‘feedback’ yang diberikan oleh pelanggan yang menyukai roti jala dan juga brownies saya.
 
“Saya mulakan dengan menerima tempahan di laman sosial menerusi Instagram dan saya juga yang akan menghantar sendiri kepada pelanggan,” ujarnya.
 
Foto: Instagram @rajaafiqqofficial
 
Teks oleh: Mya Amri
Loading...

Leave a Reply