Lelaki Kristian biadab jual arak disebat di Aceh

JAKARTA – Seorang lelaki warga Indonesia penganut Kristian dikenakan hukuman sebat secara terbuka semalam selepas didapati bersalah kerana sengaja menjual arah di wilayah Aceh.

Lelaki Kristian biadab jual arak disebat di Aceh

Lelaki Kristian biadab jual arak disebat di Aceh

Suspek tersebut yang dikenali sebagai Jono Simbolon dikenakan hukuman berkenaan dengan dirotan di atas pentas khas di luar sebuah masjid terletak di ibu kota Banda Aceh, menurut laporan media antarabangsa.

Dia menjadi bukan Islam yang ketiga dijatuhi hukuman sebat di tempat awal sejak Aceh, wilayah di utara pulau Sumatera yang mula melaksanakan undang-undang syariah selepas diberikan kuasa autonomi pada 2001.

“Ini komitmen kerajaan kami untuk kuat kuasa undang-undang Islam, kata Datuk Bandar Banda Aceh, Aminullah Usman. Seorang doktor memeriksa keadaan kesihatan Simbolon selepas sebatan ke-10 sebelum disebat lagi.

“Jika ada yang melanggar undang-undang, segera laporkan kepada polis syariah dan kami akan menjalankan hukuman seperti hari ini,” kata Aminullah. Simbolon antara 10 individu dikenakan hukuman tersebut semalam.

Mereka masing-masing terdiri daripada lapan lelaki dan dua wanita yang dihukum sebat selepas solat fardu Jumaat atas pelbagai kesalahan syariah termasuk disabitkan mahkamah terlibat dalam aktiviti pelacuran dan perjudian.

Sepasang lelaki dan wanita yang ditangkap kerana berkhalwat hanya dikenakan hukuman 20 sebatan setiap seorang manakala Simbolon ditahan pada Oktober lepas pula dikenakan hukuman 36 sebatan kerana berniaga arak.

Kira-kira 98% daripada lima juta penduduk Aceh beragama Islam tertakluk kepada undang-undang Islam, dikenali sebagai Kanun. Namun bukan Islam boleh memilih dihukum di bawah sistem perundangan negara atau syariah.

“Simbolon memutuskan untuk tunduk kepada Kanun,” kata ketua pendakwa raya Erwin Desman dan menambah pesalah itu mungkin memilih hukuman sebat bagi mengelak daripada pendakwaan jenayah di mahkamah biasa.

Lazimnya sesi perbicaraan di mahkamah terbabit mengambil masa yang lebih panjang dan rumit, sekali gus menyebabkan tertuduh perlu ditahan dalam penjara untuk tempoh agak lama.

Sumber: Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Loading...

Leave a Reply