Video: Papagomo dakwa Jakim sahkan jantina Sajat sebagai lelaki, tapi minta tak diberitahu kepada umum kerana malu?

Sebelum ini, JAKIM dan Sajat telah mengadakan satu perjumpaan untuk mengesahkan jantina sebenar Sajat namun keputusan JAKIM masih belum dihebahkan. JAKIM mengaturkan pertemuan itu setelah Sir Azri atau Papagomo membuat aduan kepada Menteri di Jabatan Agama, Datuk Seri Jamil Khir mengenai Sajat yang merupakan seorang lelaki tetapi mendakwa dirinya seorang perempuan.

Video: Papagomo dakwa Jakim sahkan jantina Sajat sebagai lelaki, tapi minta tak diberitahu kepada umum kerana malu?

Video: Papagomo dakwa Jakim sahkan jantina Sajat sebagai lelaki, tapi minta tak diberitahu kepada umum kerana malu?

Melalui satu rakaman video, Papagomo telah membuat pendedahan mengenai hasil siasatan JAKIM kepadanya. Papagomo mendakwa Nur Sajat melalui pengakuan ibu bapanya ialah seorang lelaki;

Saya dapat panggilan telefon dari pihak JAKIM, yang mana pihak JAKIM mengatakan bahawa Sajat seorang lelaki. Jadi saya cakap, kenapa tidak diberitahu (kepada orang ramai)? Sajat meminta untuk tidak diberitahu kerana dia malu.

Rakaman itu boleh ditonton di bawah:


Melalui rakaman itu, Papagomo memberitahu bahawa perkara seperti itu tidak boleh disimpan, dirahsiakan atau dibiarkan dan perlu diberitahu kepada rakyat memandangkan ibu bapa Sajat dan beliau sendiri mengakui dirinya seorang lelaki.

Papagomo mendakwa telah menerima melalui pesanan WhatsApp dan DM dari orang ramai mengenai video-video tentang pengakuan Sajat dan ibu bapanya, serta salinan kad pengenalan Sajat yang membuktikan dia seorang lelaki.

Papagomo menambah, adik Sajat memanggillnya abang, dan sebelum mendakwa dirinya khunsa dan kemudiannya perempuan, Sajat pernah mengakui dirinya seorang pondan.

Papagomo juga bertanya, memandangkan ibu bapa Sajat mengakui dirinya lelaki, adakah orang ramai mahu mempercayai ibu bapanya atau lembu yang didakwa Sajat tahu bahawa dirinya seorang perempuan.

Sebelum ini, Papagomo telah menerbitkan sebuah video menuntut Sajat meminta maaf kepada kaum wanita kerana memalukan mereka dengan kenyataan mengenai datang haid dan mengandung.

Namun setakat ini masih belum ada sebarang pengumuman secara rasmi oleh JAKIM kepada orang ramai mengenai jantina Sajat.

Sumber: beautifulnara.com

 

Loading...

Leave a Reply