Cakra Khan tangkap sendiri makwe berlaku curang buat kali kedua: “Saya ditipu dua kali oleh orang yang sama”

Penyanyi popular Indonesia, Cakra Khan mengakui dia baru tiga hari putus cinta bersama bekas kekasihnya.

Ternyata peluang kedua yang diberikan penyanyi bersuara serak basah ini buat bekas kekasihnya itu dipersiakan apabila ditangkap berlaku curang oleh Cakra sendiri.

“Saya ditipu dua kali oleh orang yang sama, dan kali ini saya tidak akan menjalin hubungan cinta dengan sesiapa lagi buat masa sekarang”, jelasnya.

whatsapp-image-2018-01-19-at-6-31-34-pm

Cakra turut mengakui dia sempat menangis saat cintanya terputus buat kali kedua kerana merasakan peluang kedua yang diberikannya selama ini hanya sia-sia.

Tambah Cakra lagi, mungkin kerana sering menyanyikan lagu-lagu yang sedih sehingga percintaannya juga terikut sama dengan lagu.

“Mungkin saya perlu menyanyi lagu yang ‘happy’. Dengan kerjasama komposer di Malaysia, mungkin saya bisa bahagia”, katanya.

Cakra juga tidak menolak andai jodohnya nanti adalah seseorang yang berasal dari Malaysia kerana merasakan percintaan jarak jauh lebih mudah dan saling meletakkan kepercayaan di antara satu sama lain.

Terbaru Cakra Khan muncul dengan single terbaru berjudul Kekasih Bayangan. Lagu Kekasih Bayangan sudah dilancarkan pertengahan tahun lalu di Indonesia.

Cakra ditemui ketika di majlis menandatangani perjanjian diantara Sony Music Malaysia dan MyMusic Records Indonesia di Menara Kuala Lumpur.

 

Sumber: Suria

Loading...

Leave a Reply