Bapa jutawan upah penari bogel rai hari jadi anak ke-12 tahun dikecam

SEORANG bapa bergelar jutawan dikecam kerana mengupah penari bogel untuk membuat persembahan pada majlis ulang tahun anaknya yang ke-12.

Rakaman video pada majlis yang dilaporkan berlaku di Amerika Syarikat (AS) itu menunjukkan beberapa penari dalam keadaan menghairahkan sedang membuat persembahan.

Dalam satu segmen pendek, budak lelaki berkenaan kelihatan tidak selesa semasa dua penari bogel menggosokkan payudara mereka pada muka kanak-kanak itu.

Menurut LaVanguardia.com, bapa kepada budak lelaki itu dilaporkan bergelar jutawan.

Bapa jutawan upah penari bogel rai hari jadi anak ke-12 tahun dikecam

Bapa jutawan upah penari bogel rai hari jadi anak ke-12 tahun dikecam

Video berkenaan menunjukkan budak lelaki duduk di kerusi sementara dua penari eksotik wanita sedang membuat persembahan di hadapannya.

Salah seorang daripada mereka kemudian duduk di pangkuan budak tersebut, manakala seorang lagi berdiri di belakang mereka. 

Bapa budak berkenaan dilihat tersenyum dan memberi galakan kepada anak lelakinya.

Video tersebut dikongsi secara meluas di YouTube di mana ramai mempersoalkan tanggungjawab bapa budak lelaki itu. – Mail Online

 Sumber: Mstar
Loading...

Leave a Reply