Aliff Syukri harap lagunya Abang Nak Tegur layak masuk AJL

Dikritik dan dilabel sebagai lagu paling banyak “dislike” di YouTube, siapa sangka lagu Abang Nak Tegur nyanyian Datuk Aliff Syukri dan Nur Sajat dalam pencalonan awal program Muzik-Muzik. Berita itu dikongsikan oleh Aliff sendiri dengan penuh rasa teruja dan berharap agar lagu tersebut layak ke Anugerah Juara Lagu.

Aliff Syukri harap lagunya Abang Nak Tegur layak masuk AJL

Aliff Syukri harap lagunya Abang Nak Tegur layak masuk AJL

Saya baru dapat tahu yang lagu ini dapat pencalonan baru Muzik-Muzik.  Harapan moga-moga dapatlah ke AJL (Anugerah Juara Lagu) pula. Alhamdulilah, lagu Abang Nak Tegur setakat ini apabila dicampur-campur kesemuanya sudah mencapai 13 juta tontonan.

Walaupun ada yang tak suka, tapi lagu ini dah trending. Betul saya yang menyanyi sendiri.  Saya pun tak ada istilah nak buktikan apa-apa sebab saya tahu saya bukan penyanyi. Saya cuma nak cuba bidang baru.   Alhamdulilah, setakat ini memang banyak show saya yang masuk.

Mungkin ini lah yang dikatakan rezeki, lebih banyak orang kutuk serta jalankan kempen “dislike”, lebih popular lagi lagu Abang Nak Tegur. Mana tahu lepas ini Aliff dan Sajat boleh beraksi di pentas besar AJL pula?

Via: BN

 
Loading...

Leave a Reply