Pelajar perempuan tingkatan 5 jatuh dari tingkat satu bangunan sekolah lepas diserang histeria

HULU TERENGGANU – Seorang pelajar perempuan tingkatan lima dari sebuah sekolah menengah di daerah ini dipercayai terjatuh dari tingkat satu bangunan sekolah itu, awal pagi tadi dipercayai selepas diserang histeria.

Dalam kejadian kira-kira 7.20 pagi itu, mangsa yang baru memasuki sekolah tersebut 3 Jan lalu dipercayai alami kecederaan dan dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk pemeriksaan lanjut namun status keadaan mangsa setakat ini masih belum diketahui.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu,  Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, pihaknya masih dalam siasatan lanjut bagaimana mangsa boleh terjatuh dan mangsa juga turut dipercayai alami masalah kemurungan sejak kira-kira dua tahun lalu.

Pelajar perempuan tingkatan 5 jatuh dari tingkat satu bangunan sekolah lepas diserang histeria

Pelajar perempuan tingkatan 5 jatuh dari tingkat satu bangunan sekolah lepas diserang histeria

“Mangsa sebelum ini belajar di sebuah sekolah di daerah Kuala Terengganu dan baharu pindah sekolah(lokasi kejadian). Adik mangsa berumur 16 tahun juga belajar di sekolah ini dan diamanahkan untuk menjaga mangsa.

“Bapa mangsa yang pernah mengajar di sebuah madrasah di daerah ini turut menghantar mangsa ke madrasah sama bagi tujuan memulihkan masalah kemurungan dihadapi mangsa.

“Ayah mangsa juga maklumkan, mangsa sering kemurungan dan mengalami masalah halusinasi serta memaklumkan sudah dua sekolah anaknya bertukar kerana ada masalah sedemikian,” katanya.

Tambah Mohd Adli, pihak polis masih jalankan siasatan lanjut dan laporan kecederaan masih lagi dalam siasatan pihak hospital dan masih menunggu laporan kecederaan yang dialami.

 Sumber: Sinar
Loading...

Leave a Reply