“Jangan potong kaki saya” – Murid darjah 4 menangis lihat mesin pemotong besi bomba yang sedang bantu keluarkan kaki tersepit

RAWANG -“Jangan potong kaki saya,” rintih seorang murid perempuan darjah 4 sebaik melihat anggota bomba mengeluarkan mesin pemotong besi dalam usaha memgeluarkan kakinya yang tersepit pada penutup longkang, hari ini.

Dalam kejadian jam 9.58 pagi itu, mangsa bersama rakan sekelas baru selesai aktiviti di padang dan dalam perjalanan ke bilik kelas.

Pegawai Bomba Kanan 2 dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang, Nor Faizah Abd Sani berkata, mangsa telah memijak penutup longkang yang salah satu besinya telah patah menyebabkan kaki kanannya tersepit.

"Jangan potong kaki saya" - Murid darjah 4 menangis lihat mesin pemotong besi bomba yang sedang bantu keluarkan kaki tersepit

“Jangan potong kaki saya” – Murid darjah 4 menangis lihat mesin pemotong besi bomba yang sedang bantu keluarkan kaki tersepit

Menurutnya, pihaknya mengambil masa hampir lima minit dalam operasi tersebut dan terpaksa menutup mata mangsa bagi menenangkan keadaannya.

“Bilik gerakan menerima panggilan kecemasan jam 9.58 pagi dan tiba ke lokasi lima minit kemudian.

“Mangsa menangis kesakitan dan sebaik bomba menghidupkan enjin mesin tangisannya semakin kuat memaksa bomba menenangkan mangsa terlebih dahulu.

“Mangsa hanya mengalami cedera ringan termasuk luka kesan melecet, pihak sekolah telah ke klinik berhampiran untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

 Sumber: Sinar
Loading...

Leave a Reply