Pendedahan mengejutkan Ben Ali tentang Farid Kamil terima pelbagai reaksi netizen

Perkongsian Ben Ali Tentang Farid Kamil Terima Pelbagai Reaksi

Pelakon Ben Ali telah menerima pelbagai reaksi daripada netizen selepas berkongsi kisah mengenai Datuk Farid Kamil di laman sosial Facebooknya, pagi tadi.Antara komen yang ditulis netizen ialah, mereka bersetuju dengan Ben yang mahu orang ramai berhenti mengecam Farid yang sedang memerlukan sokongan moral dan semangat daripada semua pihak, terutama orang sekelilingnya.

Baca artikel sebelum: Akhirnya Ben Ali dedah Farid Kamil whatsapp minta tolong, 2 hari tak jumpa anak dan berada di kawasan gelap dan amat menakutkan

Ada juga pengguna laman sosial mengaitkan keadaan diri Farid disebabkan ‘gangguan’ dan minta Farid dibawa kepada pakar yang arif dalam perkara tersebut.

Bagaimanapun ada juga netizen yang memberi komen dengan mengaitkan insiden menimpa Farid dengan politik.

Komen tersebut telah menarik perhatian Ben yang kemudiannya meminta individu tersebut tidak mencampur adukkan politik dengan perkara yang dikongsikannya.

Sumber: Astro Gempak

Loading...

Leave a Reply