Ruhainies guna peguam tuntut RM75,000

PELAKON Ruhainies, 26, kesal masih belum menerima bayaran RM75,000 sebagai duta satu produk kesihatan mata.

Bayaran itu tertunggak sejak Julai sehingga November tahun lalu hingga memaksanya menggunakan khidmat peguam untuk menuntut haknya.

Ruhainies guna peguam tuntut RM75,000

Ruhainies guna peguam tuntut RM75,000

Kata Ruhainies atau Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, dia sudah menghantar notis kepada pengasas produk kesihatan itu melalui peguamnya.

“Pengasas produk kesihatan itu pada awalnya menghubungi saya pada Jun dan memaklumkan saya melanggar kontrak apabila memuat naik gambar ulasan produk kecantikan di Instagram.

“Menurutnya, tindakan saya itu akan menyebabkan berlaku kekeliruan memandangkan saya adalah duta produk kesihatan mata mereka,” katanya kepada Harian Metro.

Kata Ruhainies, perkara itu tidak termaktub dalam kontrak ketika ditandatangani.

“Dalam kontrak yang bermula Januari 2017, tiada sebarang peraturan mengatakan saya tidak boleh membuat ulasan produk kecantikan selepas bergelar duta.

“Lagi pula tiada kaitan antara produk kesihatan mata dengan produk kecantikan. Ketika saya membuat penjelasan itu dan bersetuju sekiranya perlu memadam gambar itu, pengasas produk itu menolak dan berkata, mereka akan mengeluarkan notis berserta peraturan baru.

“Kalau dikeluarkan notis dan peraturan baru pun, ertinya ia kontrak baru dan saya rasa bukan semudah itu untuk mereka meminda kontrak dan sebagainya,” katanya.

Tambahnya, pengasas itu juga cuba membatalkan kontraknya Jun lalu tetapi dia yakin ia tidak sah.

“Kalau mengikut kontrak dan perjanjian, mereka perlu memberi notis 30 hari sebelum membatalkan kontrak. Tapi mereka memberi notis pada Jun dan kononnya membatalkan kontrak pada Julai. Tak sampai 30 hari pun seperti sepatutnya,” katanya.

Ruhainies akui ada berjumpa pengasas produk itu untuk berbincang tetapi selepas selepas berbincang mereka mengakui ada masalah kewangan.

“Sebagai manusia, saya masih punya perikemanusiaan dan setuju sekiranya mereka membuat pembayaran sedikit sedikit sedikit dan saya cuba lupakan isu itu kerana menganggap ia sudah selesai.

“Tapi pada Disember lalu, saya menerima surat daripada pengasas produk itu dan meminta saya membayar pampasan kerana melanggar kontrak sebanyak RM100,000 dalam masa tujuh hari,” katanya.

Ruhainies berkata, ini kali pertama dirinya berhadapan insiden sedemikian. Katanya, sebenarnya banyak produk yang mengambil artis sebagai duta hanya untuk memastikan mereka ada rekod keluar masuk wang dan dapatkan geran.

“Selepas itu, mereka mengambil kesempatan apabila artis itu sibuk dan sebagainya. Tapi, bukanlah semua produk bersikap begitu kerana saya yakin banyak lagi produk lain yang bersikap profesional dan disiplin,” katanya.

Kata Ruhainies, dia masih menggunakan budi bicara dan belum membuat laporan polis.

“Saya dan peguam masih menantikan jawapan daripada mereka. Saya juga harap insiden ini tidak memburukkan nama saya sebagai artis,” katanya.

Sumber: Metro

Loading...

Leave a Reply