Orang awam tikam Rohingya, tentera Myanmar tolong tembak sampai mati

TENTERA Myanmar dilaporkan mengaku membunuh 10 orang Rohingya didakwa mereka sebagai “pengganas”.

Pembunuhan itu pula dikatakan bukan berlaku ketika pertempuran sebaliknya selepas mangsa ditahan dan anggota tentera beranggapan tidak ada jalan untuk mereka dibawa ke balai polis.

Penduduk kampung bersekongkol dalam pembunuhan itu dengan menggali lubang dan memaksa “pengganas” terbabit masuk ke situ sebelum ditikam.

Bangkok Post melaporkan pembunuhan itu diakui berlaku sejak etnik Rohingya – yang digelar Myanmar sebagai Benggali – melancarkan “pemberontakan bersenjata pada September 2017.

Orang awam tikam Rohingya, tentera Myanmar tolong tembak sampai mati

Orang awam tikam Rohingya, tentera Myanmar tolong tembak sampai mati

“Penduduk kampung dan anggota keselamatan mengakui mereka melakukan pembunuhan,” kata kenyataan itu.

Satu pasukan penyiasat tentera dianggotai lima pegawai melawat kubur mangsa dan menemu bual 49 saksi sebelum membuat pengakuan berkenaan.

Ia adalah pengakuan pertama pihak berkuasa Myanmar terhadap keganasan ke atas etnik Rohingya di negeri Rakhine.

Pertubuhan hak asasi manusia Amnesty International mendakwa data itu cuma sebahagian kecil daripada salah laku tentera Myanmar terhadap masyarakat Rohingya.

“Amnesty International mengumpul pelbagai maklumat bahawa keganasan tentera termasuk membunuh dan merogol orang Rohingya serta membakar perkampungan mereka sepenuhnya.

“Ia adalah jenayah kemanusiaan dan dalangnya mesti dibawa ke muka pengadilan,” kata pertubuhan itu.

Tentera pula berkata mereka akan mengambil tindakan ke atas anggota mereka yang didapati terbabit dalam pembunuhan 10 “pengganas” Rohingya berkenaan.

Kenyataan lain daripada tentera pula menyatakan mereka melakukan operasi pencegahan jenayah pada 1 September apabila “200 pengganas Bengali” menyerang dengan kayu dan parang.

Sepuluh daripada mereka ditahan manakala yang lain melarikan diri apabila tentera melepaskan tembakan ke udara.

“Tahanan itu sepatutnya diserahkan kepada polis seperti prosedur sepatutnya namun mereka terus menyerang dan merosakkan dua kenderaan tentera dengan bahan letupan.

“Ekoran keadaan itu tentera tidak dapat membawa mereka ke balai polis. Tentera kemudian memutuskan untuk membunuh mereka,” kata kenyataan berkenaan.

Pada masa sama kata tentera penduduk kampung yang didakwa marah kerana kehilangan saudara-mara akibat serangan “pengganas” terbabit menikam tahanan berkenaan.

Tentera kemudian menembak orang Rohingya itu sehingga mati.

Sumber: Mstar

Loading...

Leave a Reply