Makan siap candle light dinner, rupanya Hairul Azreen 5 bulan lupa bayar bil api!

Keluarga Hanis Hairul antara pasangan selebriti yang selalu mendapat perhatian netizen apatah lagi dengan kehadiran cahaya mata sulung mereka, Yusuf Iskandar yang comel. Segala tindak tanduk mereka sekeluarga mendapat diikuti sehingga ada yang menjadikan pasangan muda ini sebagai contoh suami isteri yang sweet.

Semalam Hairul ada memuatnaik satu gambar Yusuf sedang bergelap ala candle light dinner. Ada surprise ke? Rupa-rupanya…

Maafkan daddy

Sorry Anak daddy @theyusufiskandar , @bujibuchempel dan my wife @haniszalikha, Daddy terlalu busy dgn #HairulTrainingForFilem sampai terlupa 5 bulan tak bayar TNB, hari ni kami tidur tanpa kipas & lampu, walaupun benda dah jadi, Yusuf masih lagi senyum dan happy,

Rupa-rupanya bekalan elektrik di rumah mereka dipotong kerana Hairul lupa membayar bil selama 5 bulan! Katanya kerana terlalu sibuk dengan jadual penggambaran dan kerja, urusan penting berkenaan terlepas pandang.

Tak akan jadi lagi lepas ni

Buat saya rasa nak nangis. Ajak mommy tidur hotel , mommy ckp it’s ok la , bukan selalu mcm ni dgn muka?? Daddy rasa bersalah sangat, thank you my driver belikan lilin di saat kami perlukan,
Hari ni 11 jan 2018 #TidurCandleLight engkauuuu!!
11.59pm (tak akan jadi lagi lepas ini)

Untuk ‘menebus’ kesilapannya itu, Hairul ada mengajak mereka sekeluarga untuk bermalam di hotel namun Hanis menolak ajakan berkenaan. Malahan, aktor yang dikenali dengan panggilan kapten itu turut berjanji tidak akan mengulangi kesalahannya itu di masa depan.

Kalau wife lain mau membebel

Bukan selalu candle light dinner

Bujibu tak puas hati

Tak patut terjadi lagi

Artis pun manusia jugak

Sumber: Oh Bulan

Loading...

Leave a Reply