Najib bakal dipenjarakan bukan berita Sinar Harian

Najib bakal dipenjarakan bukan berita Sinar Harian

Sinar Harian menafikan mengeluarkan sebarang berita kononnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak bakal dipenjarakan sekiranya BN kalah dalam PRU14.

Berita tular yang disebarkan di media sosial memaparkan gambar Najib berserta kenyataan  ‘Andai saya (Najib) kalah, saya pasti mengikut jejak Anwar Ibrahim dan mungkin akan mati dalam penjara’ telah disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan menggunakan platform Sinar Harian Online.

Ketua Pengarang Sinar Harian Norden Mohamed berkata, penyiaran berita palsu berkenaan itu berniat jahat dengan mengaitkan Sinar Harian Online.

“Gaya penulisan yang terpapar itu tidak mengikut gaya penulisan (house style) Sinar Harian.

“Kandungan berita itu tidak mengandungi dateline (tempat), tarikh berita ditulis dan tiada ‘watermark’ (cop) Sinar Harian pada foto yang tersiar,” katanya kepada Sinar Online.

Masthead Sinar Harian kerap digunakan sebagai penghias berita-berita palsu yang kemudiannya ditularkan. Pelayar internet dan media sosial perlu berhati-hati. Sila ke sinarharian.com.my atau ke Facebook Sinar Harian untuk mendapatkan berita yang telus dan tulus.

 

Sumber: Sinar Harian

Loading...

Leave a Reply