Lagu Anggun, Snow On The Sahara jadi realiti!

Lagu Anggun, Snow On The Sahara jadi realiti!

Lagu Anggun, Snow On The Sahara jadi realiti!

Fenomena cuaca ekstrim mengejutkan dunia apabila gurun paling panas dunia, Gurun Sahara diliputi salji.Bagaimanapun, ada sesetengah pihak berseloroh tentang keajaiban alam itu dengan judul lagu Anggun, Snow On The Sahara.

Blogger terkenal Hollywood, Perez Hilton misalnya mengakui fenomena sajli di Gurun Sahara seperti mengiyakan lagu Anggun yang diterbitkan tahun 1997.

“Salji di Gurun Sahara! Sudah tentu saya akan teringatkan kamu!” tulis Perez di Twitternya semalam.

Anggun membalas kenyataan Perez dengan bersetuju atas kejadian yang berlaku.

“Saya akan memikul tanggungjawab sepenuhnya,” tulisnya diikuti emoji senyum.

Kejadian salji di Gurun Sahara bukan kali pertama belaku tahun ini.

Tahun 1979 dan 2016 pernah menyaksikan kejadian sama berlaku di gurun tersebut.

Menurut laporan antarabangsa, peristiwa itu berlaku disebabkan tekanan tinggi di bahagian Afrika Utara yang memaksa udara sejuk bergerak ke Gurun Sahara.

Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: Twitter

Loading...

Leave a Reply