Video: Guru digantung pergi lepas halang pintu tren supaya suaminya tak tertinggal tren

BEIJING – Seorang guru digantung tugas selepas video menunjukkan dia menghalang pintu kereta api laju bagi memberi masa kepada suaminya untuk menaiki gerabak, tular di media sosial.

Xin’an Evening News melaporkan, Luo Haili bersama suami dan anak perempuannya tiba lewat untuk menaiki kereta api laju dari Hefei di wilayah Anhui untuk ke Guangzhou pada Jumaat lalu.

Video: Guru digantung pergi lepas halang pintu tren supaya suaminya tak tertinggal tren

Video: Guru digantung pergi lepas halang pintu tren supaya suaminya tak tertinggal tren

Luo bersama anaknya sempat menaiki kereta api itu tetapi dia bertindak menahan pintu bagi mengelak ia ditutup untuk menunggu suaminya yang masih beratur di tempat pemeriksaan tiket.

Beberapa petugas cuba menghalang wanita itu tetapi dia tetap enggan berganjak dari pintu atau turun dari kereta api itu.

“Suami saya di tempat pemeriksaan tiket. Saya akan pergi apabila dia datang,”katanya.

Selepas bergelut selama lima minit, suami wanita itu akhirnya tiba dan mereka dibenarkan menaiki kereta api.

Bagaimanapun, insiden berkenaan dirakam seorang petugas menggunakan telefon bimbit dan terus menjadi tular di media sosial.

Menurut akhbar itu, Luo digantung tugas dari sebuah sekolah di Hefei sementara menunggu siasatan oleh biro pendidikan tempatan.

Di China, sesiapa yang menghalang operasi perkhidmatan kereta api boleh didenda 2,000 yuan (RM1,229). – Agensi/myMetro Online

Via: Mynewshub

Loading...

Leave a Reply