Punca Farid Kamil tampar polis didedah, rupanya berang disoal tentang 300 artis pinjam Ah Long

Berang Ditanya Soal 300 Artis Meminjam Ah Long, Datuk Farid Kamil Tampar Polis & Tendang Orang Awam

Pelakon, Datuk Farid Kamil ditahan akibat menampar polis ketika hadir untuk membuat laporan berkaitan satu kes kemalangan jalan raya tengah hari tadi.Menurut sumber, Farid secara tiba-tiba telah menampar muka petugas yang menerima aduan itu ketika berurusan di kaunter trafik.Difahamkan, Farid bertindak demikian selepas dia menunjukkan mesej ‘”300 artis meminjam ah long kerana tiada kerja” dan petugas itu bertanyakan mengenai hal berkenaan.

Baca artikel sebelum: Dato Farid Kamil ditahan tampar polis tengah terima aduan dan tendang orang awam

Kejadian pada jam 1.20 tengahari tadi itu berlaku di kaunter trafik Balai Polis Kota Damansara.

Kejadian itu turut disaksikan oleh beberapa anggota lain dan orang awam ketika berurusan di kaunter berkenaan.

Selain itu, dia juga turut menyepak kaki orang awam yang berada dalam balai sebelum ditahan beberapa anggota polis lain.

Farid ditangkap kerana merusuh, berkelakuan tidak senonoh dan menyerang serta mencederakan anggota polis yang sedang menjalankan tugasnya.

Farid baru sahaja dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk pada Disember lalu.

Loading...

Latest Comments

  1. Myra January 12, 2018

Leave a Reply