Video: “Baki RM3 pakcik kantin tu ambil”

TULAR di media sosial, luahan ketidakpuasan hati seorang ibu yang kesal dengan tindakan peniaga kantin di sekolah ‘merembat’ RM3 milik anak perempuanya berusia 8 tahun.

Video: "Baki RM3 pakcik kantin tu ambil"

Video: “Baki RM3 pakcik kantin tu ambil”

Menurut wanita terbabit yang dikenali sebagai Laila Abdul Wahab, dia mendakwa anaknya, Farisyah, telah dianiaya oleh peniaga berkenaan ketika sedang membeli makanan pada waktu rehat persekolahan.

Biarpun RM3 itu jumlah kecil namun menurutnya jika perbuatan itu dibiarkan, lebih ramai lagi murid yang akan menjadi mangsa.

Berdasarkan video soal jawab di antara Laila dan anaknya itu, Laila telah memberikan wang sebanyak RM5 kepada anakkanya itu untuk dibuat belanja.

Si kecil itu kemudian memberitahu dia telah membelanjakan RM2 untuk membeli nasi ayam dan air milo yang masing-masing berharga RM1.

Ketika menerima baki bayaran daripada RM5 itu, Farisyah kemudian meletakkan baki RM3 yang diterimanya seketika di atas meja kerana mahu menutup botol airnya.

Namun secara tiba-tiba pekerja kantin terbabit mengambil wangnya itu.

Apabila ditanya mengapa tidak menuntut kembali wangnya itu, Farisya hanya menjelaskan dia malu untuk berbuat demikian.

“Itu duit pakcik ke atau duit Farisyah?” soal ibunya yang kemudian dijawab Farisyah dengan menepuk dada sendiri bagi memberitahu wang tersebut merupakan miliknya.

Di penghujung rakaman video, Farisyah sempat memberitahu pekerja kantin berkenaan merupakan seorang lelaki India dan bukannya lelaki melayu seperti yang disangkakan oleh Laila.

Rakaman berdurasi satu minit 36 saat itu turut menerima pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya meminta agar wanita itu memanjangkan perkara tersebut kepada pihak sekolah bagi mengelakkan perkara seperti ini kembali berulang.

Sumber: MYNEWSHUB.CC

 

 

Loading...

Leave a Reply