Siapa yang gantung pakaian dalam penduduk kampung di tengah jalan ni?

GUA MUSANG – Penduduk Kampung Batu 2 di sini kesal dengan tindakan individu yang tidak bertanggungjawab membuat ‘pameran percuma’ menggantung pakaian dalam penduduk di tengah jalan, pagi ini.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Mat, 40, berkata, penduduk kampung marah dan malu dengan kejadian yang berlaku di kampung mereka.

Siapa yang gantung pakaian dalam penduduk kampung di tengah jalan ni?

Siapa yang gantung pakaian dalam penduduk kampung di tengah jalan ni?

“Pada pukul 7 pagi ini, penduduk mula menyedari pakaian dalam tergantung merentasi jalan kampung.

“Saya ketika itu mahu menghantar anak ke Sekolah Kebangsaan (SK) Tengku Muhammad Fakhry Petra terkejut melihat pakaian dalam yang tidak diketahui pemiliknya disidai pada tali. Kami merasakan perkara itu sangat memalukan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Seorang lagi penduduk yang mahu dikenali sebagai Siti, 30, berkata, sebelum ini pernah berlaku perkara sedemikian dan sehingga kini tidak dapat mengesan individu yang melakukan perkara itu.

“Mungkin orang yang melakukan itu mempunyai masalah mental atau di bawah pengaruh dadah.

“Selepas ini kami perlu berhati-hati kerana bimbang pakaian dalam dicuri dan dipertontonkan kepada umum,” katanya.

Sumber: K! ONLINE

 
Loading...

Leave a Reply