‘Shirtless’ bersyarat, salah faham tidak jejaskan Hafreez Adam dan pengarah Gantung The Series

'Shirtless' bersyarat, salah faham tidak jejaskan Hafreez Adam dan pengarah Gantung The Series

‘Shirtless’ bersyarat, salah faham tidak jejaskan Hafreez Adam dan pengarah Gantung The Series

Pelakon Hafreez Adam menjelaskan salah faham yang berlaku antara syarat lakonan tanpa baju dan kontrak Gantung The Series tidak menjejaskan hubungannya dengan pengarah, Shamyl Othman.Kata Hafreez yang dipetik menerusi kenyataan Twitternya, pihak produksi terlepas pandang syarat lakonan tanpa baju sehingga kontrak ditandatangani.

“Saya ada letak syarat sebenarnya untuk tidak mahu babak tanpa baju tetapi ada salah faham antara pengurusan dan produksi.

“Produksi sedar akan perkara itu selepas saya sudah menandatangani kontrak.

“Namun, babak tanpa baju itu penting untuk watak Troll kerana membabitkan logik. Jadi, ada perbincangan antara saya dan pengarah.

“Oleh kerana dia sangat baik dan menghormati pendirian orang lain, dia berikan saya kelonggaran untuk melakonkan babak itu mengikut syarat saya.

“Dia mahu buang babak tanpa baju itu tetapi saya tidak mahu mencacatkan cerita itu, jadi saya berkompromi dan dia bersetuju.

“Tutup aurat (yang menjadi prioriti saya sebenarnya),” tulis Hafreez.
 

Tambahnya, perbincangan lanjut dibuat sepanjang penggambaran dan Shamyl peka akan keselesaan Hafreez untuk melakonkan babak tersebut.“Dia menyenangkan saya dan saya menghormati pengarah dan produksi Gantung The Series,” ujarnya.

Gantung The Series telah mula ditayangkan di Indonesia sejak Jumaat lalu dan telah mendapat respons yang memberangsangkan daripada penonton.

Naskhah itu merupakan adaptasi daripada novel popular karya Nadia Khan.

Selain Hafreez, Gantung The Series turut dibintangi oleh Randy Pangalila, Ikmal Amry, Gita Sucia, Brandon Salim dan Mentari De Marelle.

Teks oleh: Amri Hassa
Sumber: Twitter @hafreezadam
Loading...

Leave a Reply