Lelaki tikam dan ragut beg isteri sendiri

SINGAPURA: Seorang lelaki ditahan selepas menikam seorang wanita di Geylang pada Sabtu.

Lelaki berusia 29 tahun itu ditahan kerana meneyebabkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya, ujar polis dalam satu kenyataan pada petang Sabtu.

Kejadian berlaku di Lorong 16 Geylang dan polis menerima laporan pada pukul 11.49 pagi.

The Straits Times difahamkan, wanita berusia 26 tahun itu merupakan isteri kepada suspek.

Lelaki tikam dan ragut beg isteri sendiri

Lelaki tikam dan ragut beg isteri sendiri

Ketika kejadian, mangsa dikatakan sedang berjalan dengan lelaki lain dan hanya berpisah selepas insiden berlaku.

Dia ditikam di bahagian perut. Malah lelaki berusia 29 tahun itu juga turut meragut beg tangan mangsa.

Polis menahannya di Jalan Guillemard pada lebih kurang pukul 12.15 tengah hari.

Mangsa kini berada di Hospital Tan Tock Seng dan dilaporkan stabil.

 Sumber: Mstar
Loading...

Leave a Reply