Fathia Latiff dah pasang ‘Bodyguard’?

MENERUSI sekeping foto yang dimuat naik di laman Instagram pada Isnin, pelakon Fathia Latiff dilihat bergambar bersama dua lelaki berkemeja hitam.

Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff, 30, turut menulis kapsyen berterima kasih kepada dua lelaki yang tidak dinyatakan identiti tersebut.

“Terima kasih diatas kebaikan anda!,” tulisnya.

Rata-rata netizen meninggalkan komen beranggapan Fathia kini sudah mempunyai pengawal peribadi yang akan menemaninya ketika berada di tempat awam.

“Wow @fatiyalatiff gadis yang bertuah. Ada bodyguard lagi,” tulis kassy_jayl.

Foto yang dimuat naik di Instagram @fatiyalatiff ini mengundang persoalan netizen.

“Yeay ada bodyguard dah. Teruskan perjuanganmu Fathia, kami sentiasa menyokongmu daripada belakang,” komen iamct__.

“Ni bodyguard pinjam ke bodyguard fatiya latiff punya sendiri? bodyguard pinjam jer kot,” kata fu46decompa pula.

Sebelum ini, Fathia pernah menerima ugutan daripada lelaki yang mahu mencederakan dirinya tanpa sebarang sebab yang diketahui.

Heroin drama Ariana Rose ini turut meluahkan hasrat memerlukan khidmat pengawal peribadi bagi menjaga keselamatannya yang kini terancam.

“Saya perlu pengawal peribadi!,” ujarnya seperti ditulis di laman Twitter pada 9 Disember lalu.

Sumber: Mstar

Loading...

Leave a Reply