Lelaki tikam majikan sampai mati kerana tak luluskan cuti

Lelaki tikam majikan sampai mati kerana tak luluskan cuti

Lelaki tikam majikan sampai mati kerana tak luluskan cuti

Akibat menikam majikannya sehingga mati selepas tidak meluluskan permohonan cutinya, seorang juruteknik Pakistan dihadapkan ke mahkamah Dubai.

Tertuduh yang berusia 25 tahun itu dikatakan telah membuat permohonan untuk bercuti daripada majikannya yang berbangsa India seminggu sebelum kejadian, tetapi tidak diluluskan.

Difahamkan, tertuduh berulang kali bertanyakan mengenai permohonan itu kepada majikannya sehingga naik berang dan bertindak menyerang mangsa di dada serta perut menggunakan sebilah pisau tajam selepas pertanyaannya tidak diendahkan.

Juruteknik itu juga dipercayai menyerang salah seorang rakan sekerja dengan pisau yang sama ketika dia berjalan ke lokasi kejadian di Jebel Ali.

Bagaimanapun, rakan sekerjanya berjaya mengelak serangan itu sebelum memaksa tertuduh melepaskan pisau tersebut.

Menurut rekod mahkamah, tertuduh mengaku menikam penyelianya selepas bertengkar. Walau bagaimanapun, dia menafikan tuduhan di mahkamah ‘first instance’, di mana kes-kes dimulakan.

Seorang polis yang pergi ke tempat kejadian memberitahu pendakwa bahawa defendan membunuh penyelianya disebabkan konflik berkaitan pekerjaan dan kemudahan penginapan.

Polis itu berkata, dia menemui tertuduh yang ditahan di tempat kejadian dengan tangan dan pakaiannya berlumuran dengan darah.

Rekod perubatan mengesahkan bahawa mangsa mati akibat luka di paru-paru dan hati.

Sumber- Khaleejtimes

Via: SK

Loading...

Leave a Reply