Terapi Putera Harry selamatkan ‘jiwa’ Eboue

BEKAS pemain pertahanan Arsenal Emmanuel Eboue mendedahkan Putera Harry atau The Ginger Prince menjadi inspirasi kepada dirinya menangani masalah kemurungan.

The Mirror memberitahu Eboue, 34, berdepan masalah kesihatan serta tekanan jiwa selepas kematian dua saudara serta rakan senegaranya, digantung perlawanan setahun dan perceraian dengan isterinya.

Keputusan Harry berkongsi terapi dirinya awal tahun ini menjadi inspirasi kepada Eboue untuk melawan masalah itu dan kembali bangkit.

 

Terapi Putera Harry selamatkan 'jiwa' Eboue

Terapi Putera Harry selamatkan ‘jiwa’ Eboue

“Saya mendapati beliau (Harry) berdepan masalah teruk selepas kehilangan ibunya, Puteri Diana. Ia banyak membantu saya kembali,” kata bekas bintang Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

“Saya bercakap kepada diri sendiri, jika Putera itu menghadapi masalah dan mempunyai semangat kental untuk melawan, mengapa tidak saya?”

Pada April lalu, Putera Harry menceritakan impak positif terapi dilalui selepas dua tahun hidup dalam keadaan berkecamuk dan hampir 20 tahun langsung tidak memikirkan mengenai kematian ibunya.

Eboue menambah: “Masyarakat di Afrika mengatakan saya gila dan sakit mental. Bagaimanapun selepas menonton rakaman Putera Harry, ia membantu saya.”

Malah, Eboue turut menceritakan masih dihantui bekas rakan sepasukannya, Steve Gohouri.

Pemain kelab Wigan beraksi dalam EPL tujuh tahun lalu ditemui mati pada Januari 2016 ketika berusia 34 tahun.

Mayatnya ditemui di sungai Rhein, Jerman.

Selepas mendapat inspirasi Putera Harry, Eboue kini melihat dirinya lebih proaktif dan melalui frasa penting untuk pemulihan.

Dia bersedia bekerjasama dengan organisasi atau hospital sakit jiwa malah menafikan dakwaan sudah tiba ke peringkat yang kritikal.

Dia juga mahu bertemu dengan Putera itu selepas proses ‘catharsis’ atau proses pemulihan membantunya kembali melalui kehidupan ceria.

Sumber: Metro

Loading...

Leave a Reply