Makan dua tomato sehari, paru-paru sihat

Selain melambatkan penuaan paru-paru bukan perokok, tomato berkesan memulihkan kesan tembakau pada paru-paru bekas perokok. — Foto Reuters

Mereka yang makan dua biji tomato setiap hari akan lebih sihat, dapat memulihkan paru-paru yang lemah, kata ahli sains.

Manfaat seumpama itu sama dengan mengambil buah-buahan segar, khususnya epal, lebih tiga kali sehari, lapor AFP semalam.

Perokok yang telah berhenti mendapat paling banyak manfaat dengan amalan ini. Namun khasiatnya bagi mereka yang memakan tomato segar, bukan diproses.

Tomato sangat berkesan memulihkan kesan tembakau pada paru-paru bekas perokok. Begitu jika seseorang mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan.

Mereka berusia lebih 30 tahun, walau bukan perokok, akan mengalami kemerosotan paru-paru tetapi tomato dan buah memperlahankan proses itu.

Dapatan ini diperolehi daripada kajian terhadap 680 orang Jerman, England dan Norway yang menjadi responden tinjauan sains ini sejak 2002.

 

Peserta kajian menjawab soalan kaji selidik dan menjalani ujian dua jenis fungsi paru-paru pada tahun itu. Ujian yang sama diulang 10 tahun kemudian.

Satu ujian melihat berapa banyak udara dihembus dalam masa satu saat, sementara satu lagi berapa banyak boleh disedut dalam masa enam saat.

Diterbitkan dalam European Respiratory Journal, penyeldikan dijalankan oleh Kajian Kesihatan Awam Johns Hopkins Bloomberg di Baltimore, Amerika Syarikat.

“Kajian ini menunjukkan pemakanan [sihat] membantu memulihkan kerosakan paru-paru mereka yang berhenti merokok,” kata penyelidiknya Vanessa Garcia-Larsen.

“Ia juga menunjukkan pengambilan buah-buahan boleh melambatkan proses penuaaan semula jadi paru-paru pada mereka yang tidak merokok.”

Beliau percaya makanan berkhasiat ini boleh mengawal penyakit pulmonari kronik COPD yang diakibatkan oleh amalan merokok.

Namun satu kelemahan kajian, lapor AFP lagi, gaya pemakanan peserta kajian hanya dinilai pada awal penyelidikan.

Sumber: Projek MMO

Loading...

Leave a Reply