Biarkan diri dipeluk Aiman Hakim, suami Sharifah Sakinah dituduh dayus

BEBERAPA hari lalu, pelakon Sharifah Sakinah telah dikecam hebat oleh netizen kerana ‘membiarkan’ dirinya dipeluk aktor Aiman Hakim dalam satu babak drama gandingan mereka.

Biarkan diri dipeluk Aiman Hakim, suami Sharifah Sakinah dituduh dayus

Biarkan diri dipeluk Aiman Hakim, suami Sharifah Sakinah dituduh dayus

Meskipun sudah beberapa hari perkara itu berlaku, namun nampaknya isu yang diperbesar-besarkan itu belum reda malah semakin ‘panas’ apabila ada yang mengaitkan nama suami Sakinah pula, iaitu Aliff Adha.

Seorang netizen telah meninggalkan pandangan yang agak keterlaluan pada ruangan komen Instagram Sakinah dengan menyifatkan suaminya sebagai dayus kerana membenarkan lelaki bukan muhrim untuk menyentuhnya:

Aliff kemudiannya dengan tenang membalas komen tersebut dengan hanya menulis “K” sahaja, yang nampaknya ‘memanaskan’ hati netizen lain.

Netizen yang menyalahgunakan sosial media itu terus menyerang dan membalas meminta Aliff mengaminkan segala doa bukannya hanya menjawab “K” seperti lelaki yang tiada maruah.

Bagaimanapun, Aliff dengan terbuka dan tenang meminta maaf sekirannya dia gagal menjadi seorang suami yang sempurna hingga menyinggung beberapa pihak.

Melihat ketegangan yang berlaku, Sakinah tidak berdiamkan diri. Dia juga ada meninggalkan sedikit kata dua kepada semua orang terutamanya individu yang ‘menasihati’ suaminya di Insta Storynya.

Sakinah meminta untuk orang ramai jangan libatkan suaminya dalam hal kerjayanya sebaliknya jika ada yang tidak puas hati terus salurkan kepadanya kerana itu tanggungjawabnya sebagai seorang pelakon.

Sebenarnya, tak salah pun kalau nak menegur apa yang dirasakan tidak betul atau tidak kena dengan cara, tapi agak-agaklah sikit.

Janganlah dalam mahu menegur orang lain jadi lebih berhati-hati dalam batas pergaulan tu, kita pula menyinggung perasaan orang lain!

Sumber: MYNEWSHUB.CC

 

Loading...

Leave a Reply