Video: Sering tayang harta, Aliff Syukri ‘sentap’ ditegur isteri

BARU-BARU ini usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri ada memuat naik posting menyaksikan beliau berkongsi keterujaan mengenai beg tangan berharga RM20,000 yang dibeli beliau.

Video: Sering tayang harta, Aliff Syukri ‘sentap’ ditegur isteri

Video: Sering tayang harta, Aliff Syukri ‘sentap’ ditegur isteri

Menerusi perkongsian berkenaan, kegembiraan jelas terpancar pada riak wajah pengusaha produk D’Herbs itu apabila beg yang ditunggu-tunggu itu akhirnya sampai juga ke tangannya.

“Setelah berbulan tunggu, baru sampai. Saya ni memang suka beli beg. Bagi saya, ia satu kepuasan dan hobi. Sebab dulu tak merasa, sekarang Alhamdulillah.

“Beg ini unik kena order dulu baru dapat. InsyaAllah kalau kita berusaha, ada rezeki kita. Saya berniaga nak dekat 10 tahun baru merasa,” ujar Aliff menerusi postingberkenaan.

Namun begitu, keterujaan itu bertukar menjadi insiden ‘sentap’ apabila isterinya, Datin Nur Shahida menegur sikapnya yang dilihat seolah-olah begitu menunjuk-nunjuk.

“Jangan nak menunjuk,” ujar isterinya yang sedang duduk di atas sofa belakang Aliff. Bagaimanapun, teguran itu diselar oleh Aliff yang menjelaskan beliau bukan ingin menunjuk-nunjuk.

Sebaliknya hanya berkongsi kegembiraan dengan netizen sebelum bertindak memasukkan semula beg tersebut ke dalam plastik lalu beredar meninggalkan isterinya sebagai tanda merajuk dengan teguran berkenaan.

Telatah ‘sentap’ Aliff itu dilihat menarik perhatian ramai dan menerima pelbagai daripada netizen. Rata-rata antara mereka terhibur dengan aksi pasangan suami isteri berkenaan.

Sehingga kini, rakaman pendek berkenaan dilihat telah menerima lebih daripada 400,000 tontonan daripada netizen menerusi laman Instagram.  

Sumber: MYNEWSHUB.CC/AM

 

Loading...

Leave a Reply