“Tutup ruang komen pun masuk berita merata-rata okay. Jangan main-main dengan saya. Masih tidak mahu ambil saya berlakon?” – Izara Aishah

PELAKON Izara Aishah meluahkan perasaannya di laman sosial Twitter bahawa dia masih mempunyai pengaruh yang kuat di media biarpun jarang mengemaskini laman sosial.

"Tutup ruang komen pun masuk berita merata-rata okay. Jangan main-main dengan saya. Masih tidak mahu ambil saya berlakon?" - Izara Aishah

“Tutup ruang komen pun masuk berita merata-rata okay. Jangan main-main dengan saya. Masih tidak mahu ambil saya berlakon?” – Izara Aishah

Nik Izara Aishah Nik Izazurin, 25, ini berkata, apa yang dilakukannya kini masih mendapat liputan media dan perhatian masyarakat.

“Tutup ruang komen pun masuk berita merata-rata okay. Jangan main-main dengan saya. Masih tidak mahu ambil saya berlakon kerana saya tidak aktif sosial media?

“Bila saya bercakap sesuatu orang akan dengar, lihat berapa banyak liputan saya dapat untuk apa yang saya lakukan,” tulisnya pada Jumaat.

 

Luahan Izara di Twitter.

Sebelum ini, Izara pernah mendakwa dia tidak diterima berlakon kerana tidak aktif di media sosial.

Dia juga terkilan apabila bakatnya sebagai pelakon tidak dianggap sebagai penting.

Dalam pada itu, Izara turut meletak tanda pagar #toMySupportersPlsDontHateMe bermakna apa yang diluahkan itu bukan untuk peminatnya.

Posting Izara di Instastory pada Jumaat.

Sementara itu, pelakon drama Dia ini menerusi Instastory berkata, dia akan aktif dengan memuat naik status yang karut di media sosial demi meneruskan minatnya sebagai seorang pelakon.

I’m gonna annoy you with my karut post. Dont take away my passion stop ruining our industry‘ (Saya akan menganggu anda dengan posting karut. Jangan ambil minat saya,  berhenti merosakkan industri). 

 Sumber: Mstar
Loading...

Leave a Reply