“Tak nak panjang-panjang cerita” – Pengasas produk jelaskan perkara sebenar, tiada niat tipu Amy Search

"Tak nak panjang-panjang cerita" - Pengasas produk jelaskan perkara sebenar, tiada niat tipu Amy Search

“Tak nak panjang-panjang cerita” – Pengasas produk jelaskan perkara sebenar, tiada niat tipu Amy Search

Pengasas produk penyelidikan ByDrAzlan, Datuk Prof. Dr. Norazlanshah Hazali tampil menjelaskan tuduhan penyanyi rock legenda, Amy Search yang mendakwa ditipu dan dieksploitasi dengan menyiarkan gambarnya bersama produk tanpa kebenaran.Jelas Norazlanshah yang diwakili peguam Shahrulazwad Ismail, foto Amy memegang kotak produk makanan tambahan Triple-T disiarkan oleh salah seorang agen syarikatnya pada Jumaat lalu.

“Gambar itu hanya dimuatnaik di Facebook agen kami hanya beberapa jam namun dia dihubungi oleh wakil pengurusan Amy memohon agar gambar tersebut dipadamkan.

“Agen kami telah membuat permohonan maaf kepada wakil Amy.

“Tetapi, sehari selepas kejadian tersebut Amy memuat naik sekeping gambar bersama tulisan ‘Penipuan’ yang akhirnya mengundang kecaman netizen dan memberikan imej buruk kepada syarikat kami.

“Ingin sekali lagi kami tegaskan, gambar itu diperoleh agen kami menerusi orang tengah yang mempunyai akses kepada penyanyi itu dan perkara yang berlaku di luar pengetahuan kami.

“Pihak syarikat tidak terlibat langsung dalam pengambilan gambar dan penggunaan gambar berkenaan. 

“Syarikat tidak pernah merancang untuk melantik apatah lagi menipu atau memperdaya Amy bagi tujuan ‘endorsement’,” katanya pada sidang media khas di Hotel Dynasty, Kuala Lumpur hari ini.

Hadir sama Pengarah Urusan ByDrAzlan, Datuk Mashita Masri.

Impak daripada penularan gambar tersebut berserta kapsyen Amy, Shahrulazwad memberitahu syarikat ByDrAzlan menerima reaksi negatif daripada masyarakat dan menjejaskan reputasi selaku pengeluar produk tersebut.

Sementara itu tambah Norazlanshah, teguran sudah dibuat kepada agen dan wakil pengedar produk yang dikeluarkan oleh syarikatnya dan berharap perkara sedemikian tidak berulang.

“Kami terbuka untuk berjumpa dengan pihak Amy untuk menerangkan perkara tersebut namun seboleh-bolehnya kami tidak mahu panjangkan isu ini dan berharap masyarakat memahami situasi sebenar,” katanya.

Amy dalam satu entri Instagram Sabtu lalu mendedahkan dia ditipu oleh sebuah syarikat yang mengeluarkan produk makanan tambahan Triple-T dengan menggunakan gambarnya memegang produk tersebut tanpa kebenatan.
 

Dedah Amy, dia tidak pernah menggunakan produk terbabit mahupun dilantik sebagai duta.

Teks oleh: Amri Hassan

Loading...

Leave a Reply