Mayat 6 lelaki tergantung di 3 jambatan berbeza dipercayai mangsa bunuh cartel dadah

MEXICO CITY – MEXICO. Mayat enam lelaki ditemui tergantung di tiga  jambatan berbeza di Baja California Sur, dipercayai mangsa bunuh sindiket dadah (cartel).

Menurut CNN, empat mayat berkenaan ditemui di Los Cabos manakala dua lagi mayat ditemui berasingan di dua jambatan berbeza di La Paz.

Setakat ini, pihak berkuasa masih belum mendedahkan identiti mangsa atau menyatakan sebarang maklumat mengenai suspek.

Mayat 6 lelaki tergantung di 3 jambatan berbeza dipercayai mangsa bunuh cartel dadah

Mayat 6 lelaki tergantung di 3 jambatan berbeza dipercayai mangsa bunuh cartel dadah

Gabenor Baja California Sur, Carlos Mendoza mengecam tindakan kejam tersebut.

Mengikut statistik, keganasan di Baja California Sur meningkat sejak tahun lalu berikutan perebutan kawasan oleh dua kumpulan sindiket dadah, Sinaloa Cartel dan Jalisco New Generation Cartel.

Sindiket dadah di Mexico pula dilaporkan selalu menggantung mangsa mereka di jambatan atau lintasan lebuh raya.

 Sumber: Sinar
Loading...

Leave a Reply