Video Trump ugut henti bantuan kewangan kepada negara-negara yang menyokong: “Mereka ambil ratusan juta AS dolar, malah berbilion dolar daripada kita dan kini menentang kita,”

21 Dis – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, telah mengugut untuk bertindak menghentikan bantuan kewangan kepada negara yang menyokong draf resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung isu Baitulmaqdis.

Draf Resolusi itu dibuat supaya mendesak AS menarik balik keputusannya mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

“Mereka ambil ratusan juta AS dolar, malah berbilion dolar daripada kita dan kini menentang kita,” katanya


Trump juga menegaskan negara-negara yang mengundi untuk menentang keputusannya itu hanya akan menjimatkan negara AS sahaja.

Sejumlah 193 anggota Perhimpunan Agung PBB (UNGA) dijadual akan mengadakan sesi tergempar hari ini berhubung pengiktirafa AS itu, selepas negara berkenaan menggunakan kuasa veto pada peringkat Majlis Keselamatan PBB (UNSC).

Wakil khas Washington, Nikki Haley dalam sepucuk surat, memberi amaran kepada semua negara anggota bahawa beliau akan menghantar laporan kepada Presiden Donald Trump

Beberapa wakil diplomat kanan berkata, amaran Haley tidak langsung akan mengubah banyak undi di UNGA.

Malah, sebahagian diplomat menyifatkan amaran itu lebih kepada cubaan untuk mengumpan pengundi AS.

Presiden UNGA, Miroslav Lajcak, enggan mengulas lanjut kenyataan Trump itu, namun menekankan bahawa ia adalah hak dan tanggungjawab anggota untuk menyatakan pandangan mereka.

Sumber: Siakapkeli

Loading...

Leave a Reply