Abang setan ‘ratah’ adik perempuan kandung pukul 2 pagi ketika ahli keluarga lain sedang tidur

SEORANG pemuda tergamak memperkosa adik kandungnya sendiri di sebuah rumah di Kampung Orang Asli Ulu Kuang, Rawang.

Lebih mengejutkan apabila abang mangsa berusia lingkungan 20-an melakukan perbuatan terkutuk itu ketika ahli keluarga lain sedang tidur.

Sumber polis berkata, mangsa berusia 16 tahun dan sudah berhenti sekolah dikatakan terjaga daripada tidur selepas mendapati abangnya menyelinap masuk ke dalam bilik tidurnya sekitar jam 2 pagi kelmarin.

“ Suspek berlakon kononnya mahu mencari baju dan beberapa peralatan pertukangan yang didakwa hilang.

“Suspek yang berada dalam keadaan mabuk terus melompat ke atas katil mangsa lalu menyerang adik perempuannya itu,” katanya.

Mangsa cuba meronta untuk melepaskan diri namun diperkosa.

“Malah suspek turut mengugut akan mencederakan mangsa jika perkara itu didedahkan.

“Bimbang perkara itu berulang, mangsa mengadu kepada ahli keluarga sebelum membuat laporan di Balai Polis Sungai Buloh,” katanya.

 

Sumber: Harian Metro

Loading...

Leave a Reply