“Saya Tidak Dendam, Anak Murid Anak Saya” – Cikgu Azizan

PETALING JAYA:  Mahkamah Majistret Seremban telah melepas dan membebaskan Cikgu Azizan selepas ibu bapa kepada anak muridnya yang dikenakan tindakan tegas kerana masalah disiplin menarik balik saman terhadap guru berkenaan.

Cikgu Azizan atau Azizan Manap,44, dituduh mencederakan muridnya pada Oktober lalu dan sesi perbicaraan telah ditetapkan bermula Selasa.

“InsyaAllah saya akan bekerja seperti biasa. Saya seorang cikgu.

“Saya tidak akan berdendam dengan sesiapa dan menganggap anak murid adalah anak saya.

“Saya Tidak Dendam, Anak Murid Anak Saya” - Cikgu Azizan

“Saya Tidak Dendam, Anak Murid Anak Saya” – Cikgu Azizan

“Saya maafkan anak murid dan keluarganya,” ujarnya selepas menerima keputusan daripada mahkamah pada pagi Selasa.

Cikgu Azizan dilikelilingi rakan-rakan guru serta sahabatnya yang melancarkan kempen solidariti bagi menyokongnya di luar mahkamah ketika ditemui pihak media.

“Saya juga berterima kasih kepada semua dan hargai dari lubuk hati saya di atas doa dan sokongan semua guru, semua orang. Minta maaf jika saya tidak menyebut nama-nama yang lain.

“Saya doakan anak murid saya menjadi manusia yang berguna,” katanya yang kelihatan terharu.

Difahamkan, dakwaan ke atasnya dibuat pihak ibu bapa yang tidak berpuas hati terhadap Cikgu Azizan kerana mengenakan tindakan tegas kepada anak mereka yang dikatakan terlibat masalah disiplin di sekolah.

Kisah Cikgu Azizan ini mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya memberi sokongan terhadapnya sekali gus mewujudkan tanda pagar #pray4cikguazizan.

Pada masa sama, netizen turut menolak tindakan ibu bapa itu didakwa cuba mengheret dan memperbesarkan perkara yang boleh diselesaikan dengan cara lebih baik tanpa melibatkan pihak mahkamah.

Sumber: Mstar
Loading...

Leave a Reply