Syafiq Kyle Terkejut Dicium Peminat

Syafiq Kyle Terkejut Dicium Peminat

Syafiq Kyle Terkejut Dicium Peminat

Pelakon drama bersiri Mencintaimu Mr. Photographer, Syafiq Kyle mendedahkan dirinya pernah dicium oleh peminat.“Salah satu pengalaman ekstrem yang pernah saya lalui bersama peminat adalah saya dicium oleh seorang peminat perempuan.

“Peminat itu merupakan peminat cilik yang masih bersekolah. Sejujurnya, saya rasa sangat terkejut kerana dia tiba-tiba mencium saya.

“Namun, tiada apa yang saya dapat lakukan kerana tindakannya adalah tindakan spontan. Itu merupakan pengalaman paling saya ingati.

“Bagi saya, selagi tindakan peminat tidak melampaui batas, saya akan tetap melayan mereka dengan baik,” kata Syafiq ketika ditemui di Anugerah Instafamous anjuran Hurr TV pada Sabtu.

Menerima Anugerah Instafamous Adiwira, Syafiq menganggap kejayaan itu sebagai permulaan untuknya melangkah dengan lebih maju.

“Saya berterima kasih dan sangat bersyukur atas kemenangan ini. Tahun 2017 sangat manis bagi saya dan saya anggap ia sebagai satu penutup yang membanggakan.

“Saya juga akan terus berusaha dalam memberikan hasil kerja berkualiti dan berharap agar anugerah ini dapat menjadi batu loncatan untuk saya berjaya di tahun hadapan,” katanya lagi.

Sebanyak sembilan kategori dipertandingkan untuk memberi pengiktirafan kepada personaliti media sosial.

Selain itu, Anugerah Instafamous juga memberi pengiktirafan kepada sembilan selebriti yang sering menggunakan landasan media sosial untuk menyebarkan kebaikan.

Teks: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Syafiq 

Loading...

Leave a Reply