Ditipu ustazah di masjid, 10 jemaah gagal buat umrah

ALOR STAR, 18 Dis — Pasangan suami isteri menanggung malu kerana mereka belum menunaikan umrah walau telah mengadakan kenduri doa selamat.

Mangsa, 54 tahun dan isterinya, antara 10 mangsa yang menyertai pakej seorang “ustazah” yang dikenali mereka di sebuah masjid di Tandop, di sini, lapor Harian Metro.

Ditipu ustazah di masjid, 10 jemaah gagal buat umrah

Ditipu ustazah di masjid, 10 jemaah gagal buat umrah

Mangsa enggan mendedahkan identiti kepada akhbar itu.

Beliau dan isteri menggunakan simpanan RM14,200 hasil tanaman sawah, juga sudah menukar RM2,000 kepada mata wang riyal. Keseluruhan kerugian semua mangsa RM71,000.

“Saya malu setiap kali jumpa orang kampung, mereka akan tanya kenapa masih ada di rumah kerana sepatutnya berlepas ke tanah suci,” katanya.

Beliau mengadu kepada Persatuan Pengguna Kedah semalam, bersama seorang lagi warga emas yang mengesyaki RM7,100 miliknya, lesap.

 Sumber; Malay Mail
Loading...

Leave a Reply