Saharul Ridzwan terharu, perkataan pertama anak sebut ALLAH

Saharul terharu, perkataan pertama anak sebut ALLAH

SEBAGAIMANA bapa-bapa yang lain, pelakon Saharul Ridzwan juga tidak terkecuali daripada berkongsi tentang perkembangan terkini cahaya mata sulungnya, Muhammad Luth Ali.

Malah seawal dilahirkan sehingga kini di mana anak lelakinya itu berusia enam bulan, ada sahaja perkongsian yang dilakukan Saharul sama ada menerusi gambar atau pun kapsyen di akaun instagram miliknya.

Ternyata Saharul dan isteri begitu bahagia dengan kehadiran Ali yang menyerikan kehidupan rumah tangga mereka berdua.

Terbaru, hero drama popular Kau Aku Kita ini telah berkongsi tentang perkembangan Ali yang kini sudah mula pandai menyebut perkataan.

Namun paling mengharukan Saharul, perkataan pertama yang disebut anaknya yang dilahirkan pada 6 Jun lalu ialah ALLAH.

Keterujaan ini dikongsikan Saharul menerusi akaun instagram miliknya semalam.

“Tadi baru jer azan Asar, tiba-tiba Ali diam je dengar azan. Wife saya saja record, saya rasa Ali cakap ‘ALLAH’. Saya pernah doa waktu wife saya pregnant, mintak-mintak perkataan pertama yang sebut adalah ALLAH. Alhamdulillah. #6bulandah”

Perkongsian ini turut mendapat pelbagai reaksi daripada para pengikut Saharul yang sentiasa mengikuti perkembangan pelakon lelaki popular ini.

Saharul mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihannya, Qaabila Deena Emir pada 16 September 2016.

 

Sumber: Sinar Harian

Loading...

Leave a Reply