Kemaluan disentuh ketika naik eskulator di LRT Masjid Jamek, rakan rakam foto pencabul

Polis Dang Wangi memburu seorang lelaki yang disyaki mencabul seorang pelajar politeknik. — Paparan skrin Google

Seorang pelajar dicabul ketika menaiki eskulator di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek, Kuala Lumpur.

Foto lelaki yang mencabul pelajar politeknik, 20 tahun, jam 7.50 petang Khamis lalu sempat dirakam rakannya, lapor Harian Metro.

“Pengadu mendakwa sewaktu berada di eskulator, dia disentuh di bahagian kemaluan oleh seorang lelaki dan suspek terus bergerak melarikan diri,” kata ketua polis daerah Dang Wangi.

ACP Shaharuddin Abdullah berkata polis sudah mendapatkan rakaman CCTV daripada pengurusan stesen LRT untuk siasatan.

Mangsa dan rakannya memaklumkan kejadian kepada Prasarana Malaysia Berhad, selain memuat naik ke Twitter.

Sumber: Projek MMO

Loading...

Leave a Reply