“Anda tiada beza dengan Donald Trump” – Caprice bidas penyebar fitnah mengenai McDonalds

Bila berlaku sesuatu yang buruk mengenai Palestin, ramai yang merasa marah, ini tidak dinafikan. Baru-baru ini, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, telah mengiktiraf Jerusalem atau Baitulmaqdis sebagai ibu kota negara Israel, dan buat sekalian kalinya, McDonalds selaku rangkaian restoran makanan segera menjadi mangsa kemarahan rakyat Malaysia yang menyeru umat Islam memboikot McDonalds kerana didakwa menyalurkan dana kepada Israel.

“Anda tiada beza dengan Donald Trump” - Caprice bidas penyebar fitnah mengenai McDonalds

“Anda tiada beza dengan Donald Trump” – Caprice bidas penyebar fitnah mengenai McDonalds

Penyanyi rap Caprice telah tampil membidas pihak yang menyebarkan fitnah bahawa McDonalds menyalurkan dana ke arah penaklukan Palestin oleh Israel atau Zionisme.

 

 

Orang ramai telah menyebarkan khabar angin bahawa McDonalds mempunyai kaitan atau bertanggungjawab terhadap apa yang sedang berlaku di Jerusalem dan orang ramai telah menyebarkan bahawa kita semua perlu boikot McDonalds.

Akhirnya, video ini telah menjadi viral ( Caprice merujuk kepada video beberapa orang pemuda yang telah troll outlet pandu lalu McDonalds, enggan membayar setelah membuat pesanan).

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Sekiranya anda mahu berjuang untuk satu tujuan, sekurang-kurangnya lakukanlah sedikit kajian. Inilah yang akan berlaku jika anda percaya khabar angin, anda akan melakukan perkara yang bodoh.

Sekiranya anda tidak tahu, hak pengoperasian McDonalds di Malaysia dan Singapura adalah dimiliki oleh sebuah syarikat bernama Lionhorn, yang dimiliki oleh dua orang individu warganegara Arab Saudi, iaitu Sheikh Fahd dan Abdul Rahman Alireza.

Betulkan saya jika saya salah, fitnah ialah satu jenayah yang serius dalam Islam. Ia lebih teruk dari membunuh. Untuk satu sebab, kita menyebarkan fitnah seolah-olah ia tak apa-apa? Tiada siapa yang bersuara untuk menentang pemfitnah?

Jika anda menyeru orang ramai memboikot McDonalds, anda sebenarnya tiada beza dengan Donald Trump. Donald Trump tak tahu apa-apa tentang Islam, sebab itu dia cakap benda bodoh, seperti pemuda-pemuda yang buat benda bodoh di outlet pandu-lalu Mcdonalds di Malaysia.

Video Caprice telah menjadi viral di Instagram dan Twitter.

Jika dikaji dengan lebih mendalam, Mcdonalds sebenarnya menentang penaklukan Israel di Palestin. Pada tahun 2013, McDonalds telah menolak cadangan untuk membuka cawangan restoran oleh pihak perbandaran wilayah yang ditakluki Israel di Ariel, Tebing Barat (West Bank) kerana ia tidak menyokong misi penaklukan Israel di Palestin, seperti yang dilaporkan pelbagai media asing, contohnya The Guardian. 

Baru-baru ini, McDonalds Malaysia telah membuat kenyataan bahawa ia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa badan bukan kerajaan dan individu yang menyebarkan fitnah bahawa McDonalds Malaysia telah menyalurkan dana untuk penaklukan Palestin kepada Israel, yang memberi impak buruk kepada staf McDonalds Malaysia.

Penulis faham anda berasa marah, tetapi menyalurkan kemarahan anda kepada pihak yang tidak kena mengena hanya memburukkan ekonomi Malaysia kerana McDonalds menyediakan peluang pekerjaan kepada belasan ribu orang, termasuk pelajar universiti dan orang kelainan upaya (OKU).

Salurkan kemarahan anda pada Israel Defence Forces (IDF) atau mendermalah kepada tabung Palestin, itu lebih afdal, tak gitu?

Sumber: beautifulnara.com

 

 

Loading...

Leave a Reply