Riezman Khuzaimi minta izin suami Siti Elizad lakon babak intim dalam filem

KUALA LUMPUR 16 Dis.- Demi menjayakan watak intim dalam filem baharunya, Takdir, pelakon, Riezman Khuzaimi terlebih dahulu meminta izin daripada suami pelakon, Siti Elizad.

Riezman, 48, berkata, sebagai seorang pelakon, babak intim merupakan satu tugas namun dia juga perlu menghormati suami Elizad dan menjelaskan perkara sebenar untuk mengelakkan salah faham.

Riezman Khuzaimi minta izin suami Siti Elizad lakon babak intim dalam filem

Riezman Khuzaimi minta izin suami Siti Elizad lakon babak intim dalam filem

“Kita sebagai pelakon tahu itu adalah tugas kita tetapi masyarakat mungkin akan pandang serong. Kita perlu tahu, teknologi sekarang canggih. Teknik kamera memainkan peranan yang penting.

“Saya juga menjelaskan kepada isteri, Datuk Azie tentang babak intim itu. Dia juga kadang-kadang ada datang ke set untuk menemani saya. Dia sangat memahami kerjaya sebagai pelakon.

“Tapi untuk tayangan di Malaysia, babak intim tersebut akan ditapis. Cuma kita akan tayangkan di festival filem antarabangsa,” katanya.

Filem Takdir yang bakal menemui penonton Februari tahun depan turut menampilkan Elisya Sandha dan Keena Mentor.

Sumber; UTUSAN ONLINE

 
Loading...

Leave a Reply