Suami tiada kerana jaga mak sakit, isteri tergamak ‘berjimak’ dengan lelaki lain depan anak-anak malah arah anak bongsu tengok

Ibu tunjuk adegan berahi depan anak

Isteri tergamak lakukan hubungan seks bersama teman lelaki di hadapan anak bongsunya yang merupakan orang kelainan upaya (OKU).

Tindakan terkutuk itu dilakukan wanita terbabit di rumahnya di Sungai Jelok, di sini, ketika suaminya tiada kerana menjaga ibu yang sakit.

Kejadian sejak September itu terbongkar selepas suami wanita terbabit dimaklumkan oleh jirannya.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Dzaffir Mohd Yussof berkata, sepanjang peninggalan tersebut, tiga anak pasangan terbabit berusia enam, sembilan dan 11 tahun tinggal bersama isterinya.

“Suami wanita berkenaan telah diberitahu oleh anak tirinya yang berusia 11 tahun bahawa ibu mereka bersama teman lelakinya melakukan hubungan seks dan akan mengarahkan anak bongsunya untuk melihat perbuatan terkutuk berkenaan.

“Kejadian itu menyebabkan anak bongsu itu kini trauma. Malah ibu serta teman lelakinya turut menunjukkan aksi tersebut di hadapan dua lagi anaknya,” katanya.

Menurutnya, satu laporan polis telah dibuat pada 23 November lalu dan hasil maklumat dan risikan, isteri serta teman lelakinya masing-masing berusia 35 dan 46 tahun telah ditahan di sebuah restoran di Jalan Semenyih Sentral, Semenyih, kira-kira jam 7.30 malam, semalam.

Katanya, kedua-dua suspek kini direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat Seksyen 15 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 kerana menyebabkan seseorang kanak-kanak memerhati orang itu atau mana-mana orang lain sedang melakukan aktiviti yang bersifat seksual.

 

Sumber: Sinar Harian

Loading...

Leave a Reply