Niat murni mahu sambut wanita terjun bunuh diri tetapi nyawa dia pula melayang

maut

KEMATIAN bekas anggota tentera ini sangat tragis. Niatnya murni mahu menyelamatkan seorang wanita yang mahu membunuh diri namun akhirnya nyawa lelaki itu, Li, turut melayang.

Dia cuba menyambut wanita yang mahu terjun dari tingkat 11 sebuah bangunan di China, malangnya dia turut sama maut di tempat kejadian.

Kejadian itu berlaku selepas wanita yang berusia dalam lingkungan 30-an itu bertengkar dengan seseorang dan kemudian memanjat tingkap.

Li yang kebetulan bekerja sebagai pengawal keselamatan di situ, menjerit meminta wanita itu supaya jangan terjun.

Namun wanita itu tetap terjun dan Li cuba menyambut wanita itu, namun wanita itu menimpanya lalu kedua-duanya maut di situ juga.

“Pada mulanya Li keberatan untuk menyambut wanita itu namun dia kemudiannya memutuskan untuk menyambutnya. Menyedihkan melihat wanita itu menimpanya dan kedua-duanya maut.

“Kawasan itu dipenuhi darah,’’ kata saksi yang berada di situ. Dalam pada itu, orang ramai melahirkan rasa simpati terhadap Li.

Lelaki tersebut mempunyai anak perempuan berusia enam tahun dan turut menjaga ibu bapa yang telah tua. Kes itu disiasat polis.

 

Sumber: MYNEWSHUB.CC

Loading...

Leave a Reply