“Semua masalah dan perbalahan kerana korang… Puas hati korang kan” – Aliff Syukri salahkan netizen punca gaduh dengan Sajat?

SEMALAM kita dikejutkan dengan beberapa kenyataan dimuat naik oleh pengasas terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri ekoran ‘berang’ terhadap sikap segelintir pengikutnya di laman Instagram.

"Semua masalah dan perbalahan kerana korang… Puas hati korang kan” - Aliff Syukri salahkan netizen punca gaduh dengan Sajat?

“Semua masalah dan perbalahan kerana korang… Puas hati korang kan” – Aliff Syukri salahkan netizen punca gaduh dengan Sajat?

Menerusi posting berkenaan, Aliff dilihat seolah-olah meletakkan sepenuh kesalahan ke atas netizen kerana menjadi punca perbalahan antara beliau dengan usahawan wanita popular, Nur Sajat.

“Saya akan buat sesuatu. Why masih unlike korang apa masalah… Semua masalah dan perbalahan kerana korang… Puas hati korang kan,” tulisnya menerusi perkongsian berkenaan.

Perkongsian terbuka beliau yang mendapat lebih daripada 30,000 tanda likes itu secara tidak langsung menerima pelbagai reaksi daripada netizen tempatan.

Rata-rata antara mereka meluahkan rasa terkejut dan tidak menyangka bahawa jutawan kosmetik berkenaan akan memuat naik kenyataan yang tidak sewajarnya seperti itu.

Bagaimanapun tidak lama kemudian, Aliff dilihat memuat naik satu lagi posting yang terselit sedikit unsur ‘sindiran’ demi memuaskan hati para pengikutnya.

“Demi memenuhi permintaan korang dan biar puas hati saya. Saya buat video klip lagi #abangnaktegur versi 2.0 dengan wife saya. Kena tengok ni.

“Walaupun video klip ini tak mewah cuma dalam bilik sahaja. Harap korang suka tau. Harap-harap tak ada yang terasa hati sebab susah nak terima teguran 😰. Berapa likekorang nak kasi??? 

“Jangan lupa tag dan share kat kawan korang. Korang boleh dengar dan lihat lirik video ini di @krumusic secara full dan di YouTube bermula hari ini,” ujarnya.

Susulan perkara itu, video yang menerima lebih daripada 900,00 tontonan itu ternyata mendapat pelbagai komen dan reaksi positif daripada netizen.

Sehingga kini, video klip Abang Nak Tegur 2.0 telah menjadi trending nombor 1 selain berjaya meraih lebih daripada 100,000 likes menerusi laman Youtube. 

Sumber: MYNEWSHUB.CC/AM

 

Loading...

Leave a Reply