Gempar di tebing Sungai Nil, penemuan makam dua mumia

Penemuan makam terbaharu telah membongkar kedudukan dua mumia yang berusia 3,500 tahun di tebing barat Sungai Nil di selatan Mesir.

Pihak berkuasa Mesir mengumumkan perkara itu selepas menemui makam yang belum pernah disentuh di bandar Luxor itu.

“Penemuan ini sangat luar biasa. Makam peribadi dinasti ke-18 berjaya ditemui. Tetapi, ini kali pertama untuk kita memasuki makam yang mempunyai dua mumia,” kata Menteri Antikuiti Mesir, Khaled al-Anani.

Artifak yang terdapat di dalam makam itu kebanyakannya pecahan keranda kayu.

Pelbagai inskripsi dan lukisan dinding menunjukkan makam tersebut dibina antara pemerintahan era Raja Amenhotep II dan Raja Thutmose IV, kedua-duanya merupakan firaun dinasti ke-18.

Antara barangan yang turut ditemui ialah kerusi pengebumian, topeng pengebumian kayu, bekas tanah liat, koleksi 450 patung kecil dan mumia yang dibalut dengan fabrik linen, dipercayai milik pemimpin atasan.

Menurut Khaled, penemuan itu merupakan sebahagian usaha kementerian untuk mempromosikan industri pelancongan vital Mesir.

Sumber: Mstar

Loading...

Leave a Reply