“Stop tengok drama mengarut” – Ini respon Zahiril Adzim bila netizen minta kisah viral pelajar Cina tenung meja difilemkan

"Stop tengok drama mengarut" - Ini respon Zahiril Adzim bila netizen minta kisah viral pelajar Cina tenung meja difilemkan

“Stop tengok drama mengarut” – Ini respon Zahiril Adzim bila netizen minta kisah viral pelajar Cina tenung meja difilemkan

Baru-baru ini, viral kisah pelajar Cina tenung meja yang digelar murid tiada kepala oleh guru lain. Thread yang dikongsi guru praktikal bernama Orked itu menyentuh hati ramai netizen. Setakat ihampir 65 ribu retweet di Twitter.

Baca:

“Dia cuma tenung meja” – Apa yang guru praktikal ini buat kepada pelajar Cina yang digelar ‘tidak berkepala’ pasti buat kita terharu

“Saya mohon maaf, tiada niat nak menjatuhkan guru-guru lain” – Guru praktikal dedah kisah murid ‘tidak berkepala’ mohon maaf

Malah, ada merasakan pengalaman dikongsikan guru itu sewajarnya dijadikan filem inspirasi kepada masyarakat. Di Twitter, seorang pengguna meminta pelakon Zahiril Adzim sampaikan mesej kepada sahabatnya, Beto Kusyairi untuk merealisasikan kisah ini ke layar perak.

‘Suruh Beto buat jadi filem bro’

Selepas kisah itu viral, salah seorang pengguna yang membaca kisah tersebut meminta ia dijadikan filem inspirasi. Nampaknya tweet itu sampai ke perhatian Zahiril.

‘Kena approach orang yang betul’

Malah ada juga yang meluahkan rasa bosan dengan industri perfileman Malaysia yang sering menayangkan kisah-kisah bergenre sama.

‘Kering idea sangat ke?’

Ini respon Zahiril!

Menjawab persoalan itu, pelakon Juvana itu menjelaskan filem yang dihasilkan adalah berdasarkan kepada jumlah audiens yang menontonnya. Katanya, filem bergenre ‘inspirasi’ selalunya jarang mendapat sambutan dalam kalangan penonton.

Jadi, kalau korang nak kisah ni jadi realiti, ramai-ramai la tunjuk sokongan. Stop tengok drama drama ‘macam tu’ katanya.

Sumber: Twitter Orked

Loading...

Leave a Reply