“Kita hanya boleh pilih untuk melepaskan pergi” – Mia Ahmad keguguran

"Kita hanya boleh pilih untuk melepaskan pergi" - Mia Ahmad keguguran

“Kita hanya boleh pilih untuk melepaskan pergi” – Mia Ahmad keguguran

Setiap pasangan suami isteri tentunya mahukan kehadiran cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga. Namun begitu, semua berbalik kepada soal rezeki, ada yang cepat sehingga wujud istilah bunting pelamin. Ada juga yang berpuluh tahun menunggu barulah bergelar ibu dan bapa.

Pelakon Hati Perempuan, Mia Ahmad berkongsi kisah sedih dirinya yang belum ditakdirkan untuk bergelar ibu apabila mengalami keguguran ketika bercuti di London, United Kingdom, baru-baru ini.

Kita tak boleh pilih apa untuk jadi milik kita

Walaupun dalam mood bersedih, Mia dilihat masih positif dan tidak terlalu terbawa-bawa dengan emosi. Pos dan Instagram storynya disertakan dengan kapsyen motivasi menggambarkan kekuatannya menghadapi ujian sebagai hamba Allah.

Kadang-kadang ianya menyesakkan dada dan susah menahan air mata

Bahagian masing-masing, ini bahagian kami

Saya masih ada Allah dan lelaki ini

Moga kita jumpa lagi

Netizen beri kata-kata semangat

Mana tahu next year dapat baby twins?

Semoga terus cekal

Sumber: Mia Ahmad

Loading...

Leave a Reply