Sultan Johor miliki 15.52 peratus pegangan 7-Eleven

KUALA LUMPUR, 7 Dis ― 7-Eleven Malaysia Holdings Bhd mengumumkan bahawa Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, meningkatkan lagi pegangannya dalam syarikat itu kepada 15.52 peratus mewakili sejumlah 172.37 juta saham daripada 8.44 peratus yang dipegang pada Ogos 2017.

Sultan Ibrahim kekal sebagai pemegang saham individu kedua terbesar.

Sultan Johor miliki 15.52 peratus pegangan 7-Eleven

Sultan Johor miliki 15.52 peratus pegangan 7-Eleven

Pemegang saham terbesar 7-Eleven Malaysia, Tan Sri Vincent Tan, berkata beliau amat gembira Sultan Ibrahim terus meningkatkan pegangan dalam 7-Eleven Malaysia, menurut syarikat itu dalam kenyataan semalam.

“Ini mencerminkan keyakinan berterusan Sultan Ibrahim terhadap keupayaan, prestasi dan potensi perniagaan 7-Eleven Malaysia.

“7-Eleven Malaysia mencatatkan pendapatan belum diaudit sebanyak RM1.64 bilion dengan keuntungan sebelum cukai RM43.94 juta bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 Sept, 2017,” katanya. ― Bernama

 Sumber: Malay Mail
Loading...

Leave a Reply