Lucah pada empat pelajar madrasah, bekas pengetua didakwa

TAWAU, 7 Dis  ― Seorang bekas pengetua madrasah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap empat pelajar lelaki.

Tertuduh, 35 tahun, didakwa berbuat demikian terhadap mereka, usia 14 tahun dan 16 tahun, di sebuah rumah di sini pada Jun dan Ogos 2016. 

Lucah pada empat pelajar madrasah, bekas pengetua didakwa

Lucah pada empat pelajar madrasah, bekas pengetua didakwa

Lelaki itu, yang tidak dinamakan, mengaku tidak bersalah atas tuduhan bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan, lapor portal Harian Metro.

Beliau boleh dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun jika disabitkan.

Majistret Ferhanshah Ferene menetapkan ikat jamin RM16,000. Tertuduh juga diarah melapor diri setiap bulan kepada pegawai penyiasat.

Sebutan semula kes ditetapkan 14 Disember ini.

 Sumber: Malay Mail
Loading...

Leave a Reply