Gambar: Bayi rambut ‘wolverine’ jadi perhatian, comelnya!

SEORANG bayi berumur lima bulan yang dilahirkan dengan rambut lebat telah digelar ‘Wolverine’, malah dikenal pasti sebagai bayi perempuan ketika imbasan dibuat sebelum kelahirannya.

Gambar: Bayi rambut 'wolverine' jadi perhatian, comelnya!

Gambar: Bayi rambut ‘wolverine’ jadi perhatian, comelnya!

Jururawat menganggap pasangan Rachel dan Gareth akan mendapat seorang bayi perempuan berdasarkan rambutnya yang lebat selepas melihat gambar imbasan bayi yang dibuat ketika kandungan berusia 20 minggu.

-foto Caters News Agency

 

Tetapi Gareth terkejut apabila dia akhirnya melahirkan seorang bayi lelaki dan menamakannya Bobby.

Dia juga  terkejut apabila doktor memanggil rakan-rakannya untuk melihat bayi yang baru dilahirkannya itu kerana mengagumi rambutnya.

-foto Caters News Agency

Kini, Bobby membuatkan ramai orang yang lalu-lalang berhenti seketika untuk melihat rambut di kepalanya.

Rachel, 30, berkata dia sering dibandingkan dengan watak filem X-Men, Wolverine dan pelawak Ken Dodd, selain ada yang menyangka dia adalah bayi perempuan.

Rambut Bobby perlu dibasuh, dikeringkan dan disisir rapi setiap hari sambil memberitahu ia hampir tidak gugur walaupun sehelai sejak hari dia dilahirkan.

-foto Caters News Agency

Rachel, dari Lydiate, Merseyside, berkata: “Anak sulung saya, Frankie, juga dilahirkan dengan rambut lebat tetapi tidak seperti Bobby.

“Ketika kami mengimbas jantinanya, para jururawat sangat yakin dia adalah seorang bayi perempuan kerana rambutnya yang lebat dapat dilihat.

“Mereka tidak pernah melihat gambar imbasan seperti itu sebelum ini.

“Apabila dia dilahirkan, dia seperti seorang selebriti, para doktor memanggil orang di sekitarnya untuk datang dan melihatnya, semua orang di wad mahu memegangnya.

“Sekarang pun bila saya berjalan di luar, ramai yang berhenti untuk melihatnya. Pernah sekali seorang wanita menghentikan keretanya di tengah jalan dan menjerit ‘Oh tuhan, lihat rambut bayi itu’.”

-foto Caters News Agency

Rachel dan Gareth, 29, telah membuka laman Instagram untuk anak mereka supaya dunia dapat melihat rambutnya yang lebat itu.

“Kami memutuskan untuk membuka laman itu sebagai cara untuk mendokumentasikan pembesarannya.

“Ibu beritahu saya juga dilahirkan dengan rambut lebat tetapi warna rambutnya adalah dari bapanya.

“Saya terpaksa mengeringkannya jika tidak ia akan kelihatan seperti Wolverine, dia juga tak kisah dengan rambutnya malah  akan bermain dengan rambutnya sebelum tidur,” kata Gareth.

-foto Caters News Agency

Rachel juga terpaksa meletakkan Bobby dalam kereta sorongnnya walaupun ketika pergi ke pasar raya kecil untuk mengelakkan dia diserbu.

“Saya meletakkannya dalam kereta sorong ketika pergi ke pasar raya kerana jika tidak, kami akan berada di sana selama berjam-jam kerana ramai yang akan berhenti dan bercakap dengan kami tentang rambutnya.

“Dia seorang bayi yang agak malu-malu, tetapi sekarang mula berubah kerana perhatian yang diterimanya.” -mirror

 Sumber: Mstar
Loading...

Leave a Reply