“Kami bukan pengemis” – Wartawan ‘bising’ Neelofa tak professional isu pertunangan Fattah, dan ‘bising’ kerana Fazura tak jemput wartawan ke majlis pertunangannya

Hebat artis sekarang, boleh bercakap mengenai etika kewartawanan dan mempersoalkan kerja wartawan hiburan.

Ketika hangat diperkatakan mengenai teka-teki pernikahan pasangan Nur Fazura Sharifuddin, 34, dengan Fattah Amin, 27, mereka yang pernah hadir dalam hidup pasangan ini turut menjadi perhatian media untuk mendapatkan komen.

"Kami bukan pengemis" - Wartawan 'bising' Neelofa tak professional isu pertunangan Fattah, dan 'bising' kerana Fazura tak jemput wartawan ke majlis pertunangannya

“Kami bukan pengemis” – Wartawan ‘bising’ Neelofa tak professional isu pertunangan Fattah, dan ‘bising’ kerana Fazura tak jemput wartawan ke majlis pertunangannya

Itu juga antara cara wartawan mendapatkan berita yang mungkin ada kalanya kurang disenangi sesetengah pihak.

Dalam kes Fazura-Fattah, dua nama menjadi perhatian ialah Neelofa dan Sherry Ibrahim kerana pernah menjalin hubungan mesra dengan Fattah.

Reaksi Sherry lebih tenang dan profesional apabila mendoakan kebahagiaan Fattah dan Fazura.

Sebaliknya, agak sukar untuk mendapatkan komen Neelofa. Sudah tentu peluang bertemu dengannya ketika pelancaran cawangan terbaru jenama tudungnya di Putatan, Sabah, digunakan wartawan di sana untuk mendapatkan komennya.

Reaksi spontan Neelofa ialah meletakkan jari di bibir sebagai tanda enggan menjawab soalan itu hingga keluar artikel ‘Neelofa tak mau layan’ pada 18 November lalu.

Rupa-rupanya Neelofa terganggu dengan artikel itu hingga mempersoalkan etika kewartawanan menerusi status laman Instagramnya. Dia meminta wartawan menghormati hak orang lain jika tidak mahu memberi komen.

Timbul beberapa persoalan di sini, mengapa Neelofa tidak rasional dan agak beremosi mengenai isu Fattah dan Fazura? Adakah terlalu sukar untuk Neelofa menerima hakikat itu hingga memberi respons demikian?

Apapun, Neelofa orang yang jujur dan tidak hipokrit. Dia boleh saja memberi reaksi dengan senyuman paling manis sambil menjawab ringkas, “Kalau mereka sudah nikah, baguslah dan saya doakan kebahagiaan mereka.”

Sangat mudah dan nampak profesional, bukan? Namun sayangnya Neelofa tidak berbuat demikian tetapi itu adalah pilihan dan hak Neelofa.

Khamis lalu, Fazura ketika sidang media khas menjawab teka-teki pernikahan mereka, memulakan kata-katanya dengan luahan rasa kesal atas tindakan media pergi ke rumah neneknya merakam gambar kemudian menyiarkannya melalui akhbar.

Fazura menyifatkan tindakan itu keterlaluan. Alasannya, kita tinggal di Malaysia bukan Hollywood.

Mungkin selama ini ada artis melihat tugas wartawan hiburan itu hanyalah menghadiri sidang media untuk mempromosikan produk mereka sama ada filem, album atau perniagaan.

Ketika itu mungkin media dilihat sebagai orang penting tetapi apabila membabitkan cerita peribadi, wartawan hiburan ibarat peminta sedekah.

Sebab itulah agaknya kehadiran beberapa wartawan di luar pagar kediaman nenek Fazura pada 14 November lalu tidak dihiraukan. Ketika itu hanya berlangsung majlis doa selamat tetapi seolah-olah majlis rahsia yang cuba ditutup serapat-rapatnya.

Apa yang Fazura luahkan tidak selaras dengan kata-kata mereka ‘doakan yang baik-baik, fikir yang baik-baik’.

Sumber: Metro

Loading...

Latest Comments

  1. Mzl November 26, 2017

Leave a Reply